Wednesday 8 January 2014

Jualan Sempena Mesyuarat Agung Puspanita Peringkat Negeri Selangor

Assalamualaikum. Seronok sangat hari ini kerana tercapai juga hajat membuka gerai jualan dan senyum puas dengan sambutan yang diterima. Inilah gambar yang sempat dikongsi sempena membuka gerai jualan pagi tadi sempena Mesyuarat Agung Puspanita tahun 2014. Lokasi di Dewan Jubli Perak Shah Alam. Inilah percubaan bisnes mama bekerja yang sangat sibuk ni kerana anak dah besar sikit, jadi dah ada sedikit masa untuk leka menghasilkan cheese tart yang comel hari ini. Amacam ada gaya businesswoman berjaya tak? 

Mini Cheese Tart & Fruiti Tart - pack of 4

Mari mari rasa hasil air tangan mama Zarini

Pose dengan partner untuk AGM Puspanita Selangor 8 Januari 2014

Mari mari singgah

Produk terbaik dari mama Zarini

Nak ambil kesempatan ucapkan terima kasih kepada yang sudi singgah dan beli mini tart dari saya. Semoga berpuashati dengan rasanya yang sedap dan meliurkan terutama ketika cheese cair kat tekak ehehe. Penat buat malam tadi berbaloi dengan sambutan yang diterima. 

Jam 2 petang tadi selesai acara mengemas dan terdetik dalam hati "Hm mengintai lagi peluang menjana pendapatan lagi selepas ni" 

Jadi kepada yang ingin buat tempahan mini cheese tart boleh hubungi saya. Tempahan untuk acara istimewa juga dibuka, sebagai cenderamata majlis perkahwinan, hantaran pertunangan, jamuan pejabat/sekolah/rumah, atau tempah untuk menu minuman petang di pejabat/rumah. Jika korang ada kedai/kantin nak tolong pasarkan produk saya ni juga sangatlah dialu-alukan. 


Nukilan sekihlas hati,
-zarini

No comments:

Post a Comment