Thursday, 21 August 2014

Breakfast Delivery 4 UOLLS!!


Salam bahagia. Sarapan itu penting kan..jadi kepada yang selalu tak sempat bersarapan saya boleh buatkan sarapan untuk korang. Menu pilihan seperti berikut dan didatangkan dalam pek individu :-
- Bihun Singapore
- Lasagna (pilih Ayam atau Daging)
- Spaghetti (Meatball)







Hm idea asal kerana kita ni selalu terlepas sarapan kerana perlu mengejar punch card setiap pagi. Sebagai ibu selalunya sempat sediakan makanan tapau untuk anak-anak tapi diri sendiri pula asalkan sempat sampai ke pejabat. Kadang2 apabila saya masak lebih dan bawa ke pejabat ada ramai kawan2 juga senasib dengan saya. Jadi alang2 masak saya pun mula buka tempahan untuk menu sarapan dan hantarkan ke pejabat kawan2 yang sama bangunan (Pejabat SUK Selangor, Shah Alam). Terasa puas dapat menyumbangkan khidmat sambil memberikan kemudahan sarapan kepada kawan2 sekeliling. Jadi dari skill memasak yang ada ni dapatlah menjana pendapatan tambahan sikit2 untuk keperluan anak2 juga. Oleh sebab saya pun bekerja waktu pejabat jadi tempahan untuk esok hari perlu ditutup sebelum jam 4 petang kerana perlu merangka misi mencari bahan2 keperluan memasak sejurus balik kerja. Penat sikit tapi saya bahagia dengan bisnes baru ni. Terima kasih kepada kawan2 yang sentiasa sokong dan beri kepercayaan sebagai pelanggan setia. Koranglah kawan dunia akhirat yang memudahkan saya di saat kesempitan. Semoga sama2 beroleh keberkatan.

Jadi kepada kawan2 yang kebetulan berada di pejabat saya bekerja bolehlah buat tempahan awal. Menu seperti di atas, didatangkan dalam pek individu supaya korang senang makan di pantri pejabat atau kalau dah takde masa sangat makan jer kat meja/partition masing2. Kalau ada pejabat yang nak buat jamuan atau nak order banyak nanti saya buatkan tray besar contohnya menu untuk 10 orang ke atas secara buffet dan sebagainya. Hah ape2 contact saya nanti kita bincang ok.

Sambil2 tu jangan lupa tempahan Popia Simpul Kasih dibuka sepanjang masa, tak kira untuk raya, jajan kenduri kendara, untuk hadiah/hantaran perkahwinan atau untuk titbits harian. Yang ni memang perusahaan Simpul Kasih keluarga saya. Resipi inti simpul kasih serunding ikan turun temurun tu memang dijaga kualitinya. Nak rasa marilah order. Nak Simpul Kasih ni dibuatkan gubahan sebagai hantaran pun boleh :-)

No comments:

Post a Comment